w

Friday, 27 April 2012

TEKNOLOGI PENGAJARAN


Secara umumnya, teknologi pengajaran merupakan suatu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada msalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong dalam komponen-komponen sistem pengajaran yang dapat dikenal pasti sebagai mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan latar. 

Proses untuk menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai masalah-masalah itu dikenal pasti sebagai fungsi-fungsi pengembangan pengajaran yang mengandungi kaji selidik teori, reka bentuk, keluaran, pemilihan, penilaian dna penggunaan. Proses mengendali atau mengkoordinasikan satu atau lebih dari fungsi itu dikenal pasti pula sebagai fungsi pengurusan pengajaran yang mengandungi pengurusan organisasi dan kakitangan. Terdapat tiga domain iaitu fungsi pengurusan pengajaran, fungsi pengembangan pengajaran dan fungsi sistem pengajaran.

Menurut Tickton, S.G, To Improve Learning (1970) mendefinisikan teknologi pengajaran dengan dua cara. Cara yang pertama iaitu sebagai alat atau bahan media digunakan untuk tujuan pembelajaran dan telah lahir akibat revolusi komunikasi. Kedua, ia merupakan suatu perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang sistematik terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang khusus berdasarkan kepada kajian dalam pembelajaran manusia dan komunikasi serta menggabungkan sumber-sumebr manusia dan bukan manusia bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Good Carter,V (1973) pula berpendapat teknologi pengajaran adalah pengajian terhadap pengajaran dan teknik-teknik untuk membaiki organisasi pembelajaran secara sistematik. Ia juga bermaksud suatu organisasi yang menggabungkan prinsip-prinsip, sumber, kakitangan dan logistik untuk meningkatkan proses pembelajaran di mana terdapat organisasi yang kecil seperti teknologi sains tingkah laku, teknologi alat mengajar dan media pengajaran, analisis tingkah laku dan pengukuran serta pengurusan kakitangan.

Briggs dan Walter (1988) menyatakan teknologi pengajaran mempunyai dua komponen iaitu reka bentuk sistem pengajaran (perancangan) dan pengembangan pengajaran (pelaksanaan perancangan). Juga boleh didefinisikan sebagai penggunaan atau aplikasi secara sistematik mengenai teori dan lain-lain pengetahuan yang tersusun untuk tugasan reka bentuk dan pengembangan pengajaran.

Heinich dan Robert (1984), teknologi pengajaran sebagai penerokaan atau pencarian pengetahuan baru mengenai cara-cara manusia belajar dan cara paling baik mereka bentuk sistem pengajaran atau bahan-bahan pengajaran.

Reiser, (2001) berpendapat TP adalah bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi meliputi analisis masalah pembelajaran dan prestasi, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, penilaian dan pengurusan proses pengajaran dan bukan pengajaran serta sumber-sumber yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi dalam pelbagai persekitaran. Terutamanya institusi pendidikan dan tempat kerja. Profesional dalam bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi sering menggunakan prosedur reka bentuk sistem pengajaran dan menggunakan pelbagai media pengajaran untuk mencapai matlamat mereka. Selain itu, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, mereka telah membayar meningkatkan perhatian kepada bukan-pengajaran penyelesaian kepada beberapa masalah prestasi. Penyelidikan dan teori yang berkaitan dengan setiap kawasan yang disebutkan di atas adalah juga bahagian yang penting dalam bidang. 

Seels dan Richey (1994), TP adalah teori dan amalan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber pembelajaran. TP terbahagi kepada lima domain iaitu reka bentuk, pengembangan, penilaian, pengembangan dan pengurusan. Di mana sebelum ini, hanya tiga domian sahaja iaitu fungsi pengurusan pengajaran, fungsi pengembangan pengajaran dan fungsi sistem pengajaran.

No comments:

Post a Comment