w

Friday, 27 April 2012

TEKNOLOGI PENGAJARAN


Secara umumnya, teknologi pengajaran merupakan suatu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada msalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong dalam komponen-komponen sistem pengajaran yang dapat dikenal pasti sebagai mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan latar. 

Proses untuk menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai masalah-masalah itu dikenal pasti sebagai fungsi-fungsi pengembangan pengajaran yang mengandungi kaji selidik teori, reka bentuk, keluaran, pemilihan, penilaian dna penggunaan. Proses mengendali atau mengkoordinasikan satu atau lebih dari fungsi itu dikenal pasti pula sebagai fungsi pengurusan pengajaran yang mengandungi pengurusan organisasi dan kakitangan. Terdapat tiga domain iaitu fungsi pengurusan pengajaran, fungsi pengembangan pengajaran dan fungsi sistem pengajaran.

Menurut Tickton, S.G, To Improve Learning (1970) mendefinisikan teknologi pengajaran dengan dua cara. Cara yang pertama iaitu sebagai alat atau bahan media digunakan untuk tujuan pembelajaran dan telah lahir akibat revolusi komunikasi. Kedua, ia merupakan suatu perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang sistematik terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang khusus berdasarkan kepada kajian dalam pembelajaran manusia dan komunikasi serta menggabungkan sumber-sumebr manusia dan bukan manusia bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Good Carter,V (1973) pula berpendapat teknologi pengajaran adalah pengajian terhadap pengajaran dan teknik-teknik untuk membaiki organisasi pembelajaran secara sistematik. Ia juga bermaksud suatu organisasi yang menggabungkan prinsip-prinsip, sumber, kakitangan dan logistik untuk meningkatkan proses pembelajaran di mana terdapat organisasi yang kecil seperti teknologi sains tingkah laku, teknologi alat mengajar dan media pengajaran, analisis tingkah laku dan pengukuran serta pengurusan kakitangan.

Briggs dan Walter (1988) menyatakan teknologi pengajaran mempunyai dua komponen iaitu reka bentuk sistem pengajaran (perancangan) dan pengembangan pengajaran (pelaksanaan perancangan). Juga boleh didefinisikan sebagai penggunaan atau aplikasi secara sistematik mengenai teori dan lain-lain pengetahuan yang tersusun untuk tugasan reka bentuk dan pengembangan pengajaran.

Heinich dan Robert (1984), teknologi pengajaran sebagai penerokaan atau pencarian pengetahuan baru mengenai cara-cara manusia belajar dan cara paling baik mereka bentuk sistem pengajaran atau bahan-bahan pengajaran.

Reiser, (2001) berpendapat TP adalah bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi meliputi analisis masalah pembelajaran dan prestasi, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, penilaian dan pengurusan proses pengajaran dan bukan pengajaran serta sumber-sumber yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi dalam pelbagai persekitaran. Terutamanya institusi pendidikan dan tempat kerja. Profesional dalam bidang reka bentuk pengajaran dan teknologi sering menggunakan prosedur reka bentuk sistem pengajaran dan menggunakan pelbagai media pengajaran untuk mencapai matlamat mereka. Selain itu, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, mereka telah membayar meningkatkan perhatian kepada bukan-pengajaran penyelesaian kepada beberapa masalah prestasi. Penyelidikan dan teori yang berkaitan dengan setiap kawasan yang disebutkan di atas adalah juga bahagian yang penting dalam bidang. 

Seels dan Richey (1994), TP adalah teori dan amalan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber pembelajaran. TP terbahagi kepada lima domain iaitu reka bentuk, pengembangan, penilaian, pengembangan dan pengurusan. Di mana sebelum ini, hanya tiga domian sahaja iaitu fungsi pengurusan pengajaran, fungsi pengembangan pengajaran dan fungsi sistem pengajaran.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TP DALAM P&P

1.    Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan
Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Pengubal kurikulum menganggap media tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah bangunan sudah siap.
Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka pengajaran berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi pengajaran. TP dianggap sebagai sama pentingnya dengan kurikulum.
 
2.    TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:
a)  Hubungan antara guru dengan pelajar
Dalam pola pengajaran yang melibatkan guru dengan pelajar, guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat.
b)  Guru dengan bahan pandang dengar
Dalam pola yang kedua ini, guru masih berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintregarasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional.
c)  Guru dengan sistem pengajaran dan media
Pola ketiga melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses pengajaran. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah.
d)  Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)
Media pengajaran mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran. Dia hanya menjadi pemudah, pengurus atau penasihat kepada proses pengajaran. Pola ini mirip dengan pengajaran yang disampaikan secara jarak jauh secara seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open Unversity United Kingdom atau Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Media dibina oleh satu pasukan Pembina kursus yang terdiri daripada pakar pengeluaran. Media boleh digunakan oleh pelajar tanpa bantuan guru.
 
3.    TP mengubah sistem atau pendekatan pendidikan.
TP boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran pribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet) seperti WWW, LAN dan CWN.

Wednesday, 28 March 2012

"TEKNOLOGI PENDIDIKAN"


Terdapat beberapa tokoh dan persatuan yang mendefinisikan "Teknologi Pendidikan" berdasarkan pandangan dan pendapat yang berbeza-beza iaitu berdasarkan maklumat tambahan berikut:

1. Teknologi Pendidikan
2. Definisi dan Elemen


Walau bagaimanapun, bagi pendapat saya teknologi pendidikan merupakan salah satu kaedah yang membantu melancarkan serta menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana Teknologi Pendidikan merangkumi gabungan diantara kemahiran manusia dan kecanggihan alat teknologi untuk mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada murid. Selain itu, teknologi pendidikan juga merupakan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan alat bantu mengajar (slaid, video, gambar dll) dalam proses P&P untuk meningkatkan pengetahuan dan minat murid terhadap pengajaran yang disampaikan, serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah.