w
Friday, 27 April 2012
PERANAN DAN KEPENTINGAN TP DALAM P&P
1. Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat
keputusan
Penggunaan alat dan
bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini
merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa
kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau
perancangan kurikulum. Pengubal kurikulum menganggap media tidak penting.
Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut
sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti
membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah
bangunan sudah siap.
Setelah
kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka pengajaran
berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum
sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira
kepentingan teknologi pengajaran. TP dianggap sebagai sama pentingnya dengan
kurikulum.
2. TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:
a)
Hubungan antara guru dengan pelajar
Dalam pola pengajaran
yang melibatkan guru dengan pelajar, guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran
menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah
tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan
kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau tiada
langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau
penyampaian khutbah sembahyang Jumaat.
b)
Guru dengan bahan pandang dengar
Dalam pola yang kedua
ini, guru masih berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan
pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu
menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak
diintregarasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih
berunsurkan tradisional.
c)
Guru dengan sistem pengajaran dan media
Pola ketiga
melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media
dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan
proses pengajaran. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE
adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah.
d)
Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)
Media pengajaran
mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan guru. Guru tidak
memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran. Dia hanya menjadi pemudah,
pengurus atau penasihat kepada proses pengajaran. Pola ini mirip dengan
pengajaran yang disampaikan secara jarak jauh secara seperti program pendidikan
terbuka yang diamalkan oleh Open Unversity United Kingdom atau Pusat Pendidikan
Jarak Jauh. Media dibina oleh satu pasukan Pembina kursus yang terdiri daripada
pakar pengeluaran. Media boleh digunakan oleh pelajar tanpa bantuan guru.
3. TP mengubah sistem atau pendekatan pendidikan.
TP boleh mempengaruhi sistem atau
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem
pendidikan konvensional (bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh
menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka
menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran pribadi atau sistem
sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas
menggunakan perkhidmatan jaring (internet) seperti WWW, LAN dan CWN.
Wednesday, 28 March 2012
"TEKNOLOGI PENDIDIKAN"
Terdapat beberapa tokoh dan persatuan yang mendefinisikan "Teknologi Pendidikan" berdasarkan pandangan dan pendapat yang berbeza-beza iaitu berdasarkan maklumat tambahan berikut:
1. Teknologi Pendidikan
2. Definisi dan Elemen
Walau bagaimanapun, bagi pendapat saya teknologi pendidikan merupakan salah satu kaedah yang membantu melancarkan serta menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana Teknologi Pendidikan merangkumi gabungan diantara kemahiran manusia dan kecanggihan alat teknologi untuk mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada murid. Selain itu, teknologi pendidikan juga merupakan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru menggunakan alat bantu mengajar (slaid, video, gambar dll) dalam proses P&P untuk meningkatkan pengetahuan dan minat murid terhadap pengajaran yang disampaikan, serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah.
Subscribe to:
Posts (Atom)